Friday, September 17, 2010

Salam Lebaran

Salam ,
Walau sudah hari ke 8 kita beraya , penulis masih merasakan tidak terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua yang mengenali penulis . Tidak kisah lah anda mengenali empunya diri dengan nama yang berbeza , Khairul , khai , kerol , Ekal , Haikal , An , Anuar mahupon Anwar : Muhammad Khairul Anuar semua itu adalah nama rasmi yang penulis pakai sedari kecil sehingga lah segemuk gemuk manusia sekarang .

Pedulikan nama penulis yang terlalu banyak itu , berikan perhatian kepada apa yang cuba penulis sampaikan melalui ucapan hari raya ( berangan macam orang penting kejap) :

" Penulis bukanlah berasal dari keluarga yang mewah , kaya raya dan mampu memiliki apa yang dihajati , tidak . cukup kata , hanya hidup dalam keadaan yang masih penulis rasa bukan papa kedana dan miskin dina . Penulis juga bukanlah mempunyai keluarga yang bahagia , yang bergelak ketawa duduk didapur sambil berborak bersembang dan bertepuk tampar . Penulis hidup dalam dunia yang berbeza dengan orang kebanyakan .

Kalau didramakan jalan cerita hidup penulis , mahu lebih panjang siarannya dibandingkan dengan sinetron indonesia , tapi bukan itu yang cuba penulis tekankan . Apa yang cuba disampaikan disini , walau kita berbeza cara hidup , gaya , keluarga , kasih sayang mahupon perhatian kita harus ingat yang hari raya itu adalah hari dimana tidak kira orang itu miskin kaya bergembira dan mensyukuri nikmat yang diberikan Allah SWT . Tidak sekelumit pon penulis merasakan amarah atau benci terhadap ketentuan lalu dimasa penulis hidup susah sewaktu kecil malah Allah itu maha kaya dan maha agung dimana kesusahan lalu digantikan dengan kesenangan sekarang . cukup kata bukan mewah tetapi mampu untuk hidup .

Penulis sayang benar akan IBU penulis kerana penulis tahu akan kesusahan dan penderitaan yang Ibu alami dari kecil sehingga lah ibu penulis mampu bernafas dengan selesa sekarang . Ibu penulis sudah mampu tersenyum walau kadang kadang hatinya terluka , usai perkara itu penulis nampak akan sinar harapan dari mata sayunya .

Dihari raya ini penulis gembira kerana akhirnya penulis mampu melafazkan dan memohon keampunan dari Abang dan kakak penulis . Adik adik penulis juga sudah pandai meminta maaf walau ucapan mereka tidak lah sesyahdu dan sedayu ucapan maaf penulis kepada ibu .

Tahun kedua tanpa Ayah tercinta merupakan sesuatu yang menyedihkan , teringin sekali penulis memohon maaf dan keampunan darinya , bersalaman dan mencium tangannya adalah mustahil sekarang . Penulis menangis .

Apa apa pun, penulis masih mengharapkan sinar ramadhan yang berlalu itu berterusan dengan kebahagiaan yang di bawa sang syawal . Penulis memohon kemaafan kepada mereka mereka yang telah tersinggung dengan segala kata kata mahupon tindak tanduk penulis sebelum ini . Penulis mencuba untuk menjadi manusia dan kawan yang lebih baik .Salam lebaran dari penulis kepada semua "

___________________________________________________________________

Maaf jika gaya penulisan penulis agak skema dah hiba , penulis gembira bercampur sedih menyambut raya pada tahun ini . Nasib baiklah Monyet kesayangan penulis masih setia disisi walau hatinya dah banyak disakiti . Nanti penulis bagi monyet pisang sedap sedap yer ? hehe
SALAM AIDILFIRI

4 comments:

  1. tersangat lar tersentuh bila membaca...kerana ade sesuatu yg mengusik jiwa ini....tabahla sahabatku..kerana setiap yg berlaku ade hikmahnyer...aku juga merasai ape y kau rasainyer kerana kita membesar bersama,aku tahu kedaan kamo itu...besarnyer pengorbanan seorg IBU itu pda kita..hanya anak2nyer yg hanya dapat membalas semua pengorbanan itu....setiap lelah keringat seorg IBU itu akan berhasil dgn adanyer anak2 yg menghargai IBU...al-fatihah buat ayah kamo..moga kamo tabah di hari2 akan mendatang...salam lebaran & sayang dari anisah dan sekeluarge buat kamo sekelurga...

    ReplyDelete
  2. trsnth aku mmbcenyer nuar...
    mane ad org lahir 2 smprne...
    msg2 ad kkrgnnyer,,,
    berssh2 dhlu nti pasti ad bhgianyer...
    org yg dh x der jgn la ditangisi sebaliknyer bnykkn doa utknyer smoga rohnye aman disana...
    yg hidup mstilah mneruskn khidupan utk mncapai yg lbh baik...

    ReplyDelete
  3. thanx nisa.. terharu aku bace komen kau..kejap..nak nanges kejap . hehe
    kem salam ur mo sekali , bile nk dtg rumah ni ?