Tuesday, September 21, 2010

20092010

Semalam merupakan hari dimana penulis dengan sukarela menambahkan angka terakhir pada digit umurnya dari 21 ke 22 . yup ! penulis kini sudah 22 tahun hidup di bumi Allah . Alhamdulilah , penulis bersyukur diatas kesempatan untuk masih hidup dan berpeluang lagi untuk membahagiakan orang yang penulis sayang dan cintai .

Penulis teruja . dari malam 19 september nak masuk ke 20 september , penulis dah menerima sms , panggilan dan ucapan dari facebook . Mau tidak menangis penulis , kerana menyangka yang takkan ada orang kisah pon pasal hari jadi penulis . tapi tanggapan ( wah ! ayat skema ) penulis meleset , sampai tak terjawab semua ucapan dan wishes dari kawan kawan . Penulis meminta maaf kalau penulis tidak berkesempatan untuk mereply semua sms dan wishes yang penulis dapat via facebook . penulis terharu .

Paling mengharukan mestilah ucapan birthday dari ibu tercinta , siap nak belikan kek lagi . penulis sampai bergaduh gaduh dengan ibu penulis supaya tak payah la membazir membeli kek. kalori satu hal , nak fikir kalau makan kek mesti gemuk lagi satu hal yang penulis rungsingkan . Terus penulis minta ibu penulis simpan jela duit tersebut , ibu penulis ingat tarikh harijadi penulis pon penulis dah gembira , ini apatah lagi nak membelikan penulis kek dan hadiah , mau penulis menangis terguling guling dekat jalan sebab terharu sangat nanti . haha

Penulis nak berkongsi gambar gambar yang penulis dan kawan penulis ambil semalam , penulis telah dengan bestnya dibelanja makan di Restoran Intai intai Ulu klang . Terbaik ! Tu je yang penulis boleh katakan ;)

Macam sedap kan ? kan ? tapi penulis memang suka sangat makan dekat Restoran Intai Intai ni , memang terangkat la kalau makan dekat sini . Harga pon not bad la , penulis berpuasa semalam so penulis berbuke dengan tidak ingat dirinya . Penulis terbuai dengan makanan lazat yang telah terhidang didepan mata . haha . Habis makan penulis dan kawan penulis pon terus pulang ke rumah . Erna pon telefon ( erna ialah bestie penulis ) . Ada hadiah untuk penulis dari erna . penulis suka , yelah . sape yang tak suka hadiah . Sampai di rumah penulis pon membuka beg tersebut , penulis hampir pitam (over kejap ) teruja melihat hadiah dari erna , penulis sangat suka !

Kad ucapan erna memang terbaik ! Penulis terharu gila . siap ada kek bagai bagai . erna . Thanks !

Apa apa pon , penulis sangat gembira sangat . Ada lagi orang yang masih menyayangi penulis seadanya . Seriously , this is the best birthDAY i ever had during my life time . ive been blessed by Allah . Thanx for the wishes from my Ibu , adik , kakak , My besties , so called friends and of course my ♥ one . i love u and i always do . * Thanks You Allah * ( kuota ini penulis tulis semalam di Facebook )

Friday, September 17, 2010

Salam Lebaran

Salam ,
Walau sudah hari ke 8 kita beraya , penulis masih merasakan tidak terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua yang mengenali penulis . Tidak kisah lah anda mengenali empunya diri dengan nama yang berbeza , Khairul , khai , kerol , Ekal , Haikal , An , Anuar mahupon Anwar : Muhammad Khairul Anuar semua itu adalah nama rasmi yang penulis pakai sedari kecil sehingga lah segemuk gemuk manusia sekarang .

Pedulikan nama penulis yang terlalu banyak itu , berikan perhatian kepada apa yang cuba penulis sampaikan melalui ucapan hari raya ( berangan macam orang penting kejap) :

" Penulis bukanlah berasal dari keluarga yang mewah , kaya raya dan mampu memiliki apa yang dihajati , tidak . cukup kata , hanya hidup dalam keadaan yang masih penulis rasa bukan papa kedana dan miskin dina . Penulis juga bukanlah mempunyai keluarga yang bahagia , yang bergelak ketawa duduk didapur sambil berborak bersembang dan bertepuk tampar . Penulis hidup dalam dunia yang berbeza dengan orang kebanyakan .

Kalau didramakan jalan cerita hidup penulis , mahu lebih panjang siarannya dibandingkan dengan sinetron indonesia , tapi bukan itu yang cuba penulis tekankan . Apa yang cuba disampaikan disini , walau kita berbeza cara hidup , gaya , keluarga , kasih sayang mahupon perhatian kita harus ingat yang hari raya itu adalah hari dimana tidak kira orang itu miskin kaya bergembira dan mensyukuri nikmat yang diberikan Allah SWT . Tidak sekelumit pon penulis merasakan amarah atau benci terhadap ketentuan lalu dimasa penulis hidup susah sewaktu kecil malah Allah itu maha kaya dan maha agung dimana kesusahan lalu digantikan dengan kesenangan sekarang . cukup kata bukan mewah tetapi mampu untuk hidup .

Penulis sayang benar akan IBU penulis kerana penulis tahu akan kesusahan dan penderitaan yang Ibu alami dari kecil sehingga lah ibu penulis mampu bernafas dengan selesa sekarang . Ibu penulis sudah mampu tersenyum walau kadang kadang hatinya terluka , usai perkara itu penulis nampak akan sinar harapan dari mata sayunya .

Dihari raya ini penulis gembira kerana akhirnya penulis mampu melafazkan dan memohon keampunan dari Abang dan kakak penulis . Adik adik penulis juga sudah pandai meminta maaf walau ucapan mereka tidak lah sesyahdu dan sedayu ucapan maaf penulis kepada ibu .

Tahun kedua tanpa Ayah tercinta merupakan sesuatu yang menyedihkan , teringin sekali penulis memohon maaf dan keampunan darinya , bersalaman dan mencium tangannya adalah mustahil sekarang . Penulis menangis .

Apa apa pun, penulis masih mengharapkan sinar ramadhan yang berlalu itu berterusan dengan kebahagiaan yang di bawa sang syawal . Penulis memohon kemaafan kepada mereka mereka yang telah tersinggung dengan segala kata kata mahupon tindak tanduk penulis sebelum ini . Penulis mencuba untuk menjadi manusia dan kawan yang lebih baik .Salam lebaran dari penulis kepada semua "

___________________________________________________________________

Maaf jika gaya penulisan penulis agak skema dah hiba , penulis gembira bercampur sedih menyambut raya pada tahun ini . Nasib baiklah Monyet kesayangan penulis masih setia disisi walau hatinya dah banyak disakiti . Nanti penulis bagi monyet pisang sedap sedap yer ? hehe
SALAM AIDILFIRI